Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Kalau nak DIET tak boleh SKIP makan?.. Kenapa?

Assalamualaikum & Selamat Tengahari semua!

Anda dah 'lunch'? 
Apa!!.. Tak nakk makan sebab ON DIET?? 
Sebab nak buang LEMAK-LEMAK DEGIL??



Ermmm.. salah cara anda tu! 
Meh saya share tips kurus yang sihat & berkesan (",)


 
Antara tips kuruskan badan yang sihat
  •       Minum 2-3Liters air setiap hari
  •       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
  •       Kurangkan makanan yang berminyak
  •        Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
  •       Banyakkan makan buah dan sayuran

Lagi satu, jangan lupa amalkan 'booster' atau agen pemecah lemak iaitu Lecithin / Omega Guard. 

Anda boleh try jadual diet salah seorang pengamal Cinch Shake seperti di bawah.




InsyaAllah, anda akan mendapatkn bentuk badan ideal yang diimpikan pada hari raya nanti!


Selamat mencuba!



Wednesday, May 21, 2014

Kenapa Set Tenaga menjadi pilihan di bulan Ramadhan?

Assalamualaikum.

Pejam celik, pejam celik.. Tup.. tup.. dah akhir bulan Rejab, dah nak masuk bulan Syaaban plak. Tinggal lebih kurang sebulan je lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan Al-Mubarak!

Anda dah bersedia untuk bertemu dengan bulan Ramadhan? Jom persiapkan diri dan keluarga tersayang dengan set Tenaga yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Meal Shakes dan Performance Drink.




Jom kita teliti satu persatu Set Tenaga Ramadhan ini:

1. ESP yang merupakan bahan diperlukan untuk menjaga kecantikan dan integriti sel-sel dalam tubuh seseorang. Sel adalah ibarat batu-bata pada sebuah dinding. Kekuatan sesebuah dinding itu terletak pada kualiti setiap unit batu bata tersebut. Begitu dengan tubuh kita, mestilah bermula dengan sel-sel, unit terkecil dalam tubuh kita – berkhasiat memberi rasa kenyang, mengelakkan sakit perut disebabkan gastrik, keracunan makanan dan angin yang kerap terjadi sepanjang berpuasa.

2. Meal shake merupakan makanan lengkap yang dapat menampung segala keperluan sel-sel tubuh bermula dari sel-sel hujung rambut sehingga hujung kaki. Ia mengandungi 19 vitamin, protein dan mineral tambahan yang mampu memberi rasa kenyang dan tenaga berpanjangan.

3. Performance® Maximum terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari   dengan campuran unik karbohidrat kami  dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Siapa yang perlukan Set Tenaga Ramadhan ini?

1. Orang yang sedang menjalankan ibadah berpuasa.
2. Wanita mengandung dan yang sedang menyusukan.
3. Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
4. Individu yang memerlukan lebih tenaga.
5. Warga Emas.
6. Sesiapa sahaja yang perihatin terhadap kesihatan dengan mementingkan makanan lengkap yang rendah kalori supaya dapat melakukan amal ibadah di bulan Ramadhan nanti.

InsyaAllah, dengan Set Tenaga Ramadhan kita mampu menjalani ibadah puasa, solat Terawih dan ibadah-ibadah lain di bulan Ramadhan dengan penuh tenaga dan tiada keletihan! (",)

 

Tuesday, October 8, 2013

Kenapa ramai orang suka ESP ini?


Sebab.. ESP banyak kebaikannya :

- Pemberi tenaga segera ~ energy booster!
- Kulit cantik, tegang dan anjal
- Bila rasa kenyang, makan kurang, berat pun turun ~ sesuai untuk menurunkan berat badan!
- Kalau menyusu, susu akan menjadi pekat & anak pun kenyang!
- Kalau lepas bersalin, strechmark yang ada, akan hilang atau mengurang!
- Yang paling best, rambut dah tak gugur! 


            ESP adalah PRODUK TERHANGAT di pasaran!

Di sini saya kongsikan salah satu resepi ESP yang dijamin LAZAT lagi BERKHASIAT..







Anda dah cuba?
Tak kenal maka tak cinta..

Cubalah dulu, baru tahu keistimewaannya! 

Monday, October 7, 2013

Betul ke produk Shaklee MAHAL?


Ramai orang mengatakan vitamin Shaklee ini MAHAL. Betul ke? Jom kita buat kira-kira perbandingan bagi dua produk Shaklee, iaitu ESP dan Chewable Vita-C Plus

Energizing Soy Protein (ESP):

1 tin ESP boleh tahan 2 bulan

kalau minum 2x sehari.. 2 bulan++ = 1 sudu sekali bancuh
Harga untuk 1 bulan RM60.50 sahaja (average)
 Harga sekali minum = RM1 sahaja

 



Cuba bandingkan dengan air kotak soya:

Harga RM1.50 sekotak.
Untuk 2x minum setiap hari selama 1 bulan = RM90

 

RM90 - RM60.50 = RM29.50
Anda boleh JIMAT RM29.50 setiap bulan!

Dari segi khasiat plak.. yang mana lebih baik untuk kesihatan? 


Yang rendah gula? Yang Non-GMO?

Tepuk dada, tanya selera. Anda fikirlah sendiri ye! ;)





Chewable Vita-C Plus (100mg)

Semua orang tahu khasiat Vitamin C kan? Anak-anak saya sangat suka mengunyah Vitamin C Shaklee ini.


Makan 1biji setiap hari 
1 botol = 90 biji boleh tahan 3 bulan
1 biji = RM0.40 sahaja (sehari)



Cuba anda bandingkan buah oren:

1 kilo RM5 (average) = 6 biji oren

1 biji buah oren = RM0.83
1.5 biji buah oren = RM1.25 (sehari)
3 bulan = RM112.50
 

RM112.50 - RM30 = RM82.50
Anda boleh JIMAT RM82.50 setiap bulan!


Itu perbandingan dengan buah oren. Cuba anda bandingkan 
dengan Vitamin C produk lain plak. Boleh rujuk graf perbandingan harga di blog sis Dash Aris. Ternyata Vitamin C 
Shaklee ini masih murah dan berbaloi dengan khasiatnya! 


Kenapa mesti pilih produk Shaklee? 

Kerana ianya DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI!



Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna yang BIJAK!



Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut, boleh hubungi saya! ;)





Thursday, October 3, 2013

Bagaimana Protein Membantu Dalam Penghasilan Susu Ibu?


Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payudara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. 



Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari, wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam kandungan dapat menghasilkan kolostrum, dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA, dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik seperti manusia normal biasa. 


Bagaimana Payudara Berfungsi ?
 
Payudara akan mempunyai alveoli, iaitu kelenjar penghasilan susu ketika mengandung. Alveoli kelihatan seperti dedaun pada pokok, tumbuh pada struktur seakan-akan dahan pokok. Susu yang dihasilkan dalam alveoli pula akan melalui saluran-saluran susu yang ada dan sampai ke kawasan di belakang puting. Apabila bayi memberi tekanan pada earola, terdapat pengeluaran susu, saraf menghantar mesej kepada otak untuk mengeluarkan dua hormon, oxytocin, yang menyebabkan susu dikeluarkan (refleks, pancutan atau milk-ejection reflex) dan prolaktin, yang menstimulasikan payudara agar menghasilkan lebih banyak susu.




Amat jarang bagi ibu untuk tidak dapat menyusukan anak. Malahan ada ibu yang telah menjalani pembedahan pada payudara masih mampu menyusukan anak dengan sempurna. Puting yang leper atau tenggelam tidak seharusnya menjadi suatu kebimbangan sekiranya bantuan diperolehi dari peringkat awal lagi.

 
Terdapat banyak sebab mengapa ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan cukup. Mungkin akibat lekapan yang yang kurang betul, bayi tidak menghisap puting payu dara ibu dengan efisyen atau mungkin juga posisi hisapan dan penyusuan tidak betul, penjagaan yang tidak baik atau pengepaman payudara bagi pengeluaran susu tidak cukup bagi penghasilan susu yang seimbang dan pengambilan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi penghasilan prolaktin; sindrom ini mungkin memerlukan rawatan seperti penggantian hormon.

Jumlah susu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan penjagaan payudara oleh ibu atau pengepaman payudara; semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar pengepaman payudara, maka makin tinggi susu ibu yang akan dihasilkan. Ibu boleh menggunakan pam sama ada manual ataupun elektronik kerana ia dapat merangsang pengeluaran susu dengan baik dan mencukupi. 



Bagaimana sumber protein boleh membantu dalam penghasilan susu?
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein bagi mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan, pembinaan hormon, enzim dan antibodi. Selain itu, protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif di mana ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So, apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. 
 
Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat protein dengan lebih berkesan, ESP Shaklee merupakan satu-satunya  produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral dan sesuai untuk semua peringkat umur. 

Semakin hari semakin ramai yang telah mencuba ESP dan berpuas hati dengan hasilnya. Ramai yang mengakui, kesannya susu badan semakin cepat terhasil, lebih pekat berkrim dan mengenyangkan si kecil!..  

Saya juga telah merasai hasilnya.. Anda, bagaimana?


 

Thursday, September 19, 2013

I love ESP soo muchh!!..



Testimoni diri sndiri.. ESP ~ Energy-booster ku!

Sbg ibu bekerja dan hamil 6++ bulan, setiap pagi saya mesti bersarapan dengan campuran ESP + susu + oat! Setelah sebulan consume ESP ni, saya sudah merasai perubahan yang positif ke atas diri saya sendiri!

Kalau dulu saya sering mengalami pedih perut, kini tiada lagi!
Kulit muka rasa lain macam sket, rasa licin!
Dan yang paling awesome.. Badan pun rasa lebih bertenaga walaupun jadual harian yang pack dan kurang tido!

Jadual saya: biasa tido around 11-12mlm, tengah2 malam bangun melayan kerenah anak dara cilik yang selalu bangun mintak susu formula, bangun awal pagi uruskan anak2, masuk kerja pukul 8pg, balik kerja pukul 5ptg, ambik anak2, masak, kemas dapur + rumah, siapkan barang2 anak + suami, bla.. bla..

Alhamdulillah!.. semuanya saya berjaya uruskan..

Akhir kata, ESP memang BEST!!
— with Zafuan Arif


Tuesday, September 3, 2013

Variasi Bancuhan ESP ~ Mesti cuba!!

Salam...
 

      Entri ini khas ditujukan kepada pengamal minuman berkhasiat ESP. Anda bosan minum ESP dengan air suam sahaja? Meh saya kongsikan beberapa variasi bancuhan ESP yang mesti anda cuba. Sangat lazat!!..



Berikut adalah beberapa cadangan resipi cara bancuh ESP yang anda boleh cuba..
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (susu kotak/susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu untuk beberapa jam.. pastu blend/shake dan tambah 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + sebarang jus buah-buahan(tembikai, epal, lobak putih, peria, pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1 sudu madu + 1 sudu oat + 1 sudu serbuk koko (blend)
  13. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  14. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air masak (blend)
  15. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk (blend)
  16. ESP + meal shakes + MILO <<<<--- sejukkan, SEDAP!!
  17. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
  18. ESP + Kurma + nestum + mealshakes + susu tepung (blend, pastu letak ketul ais)  <<<<--- sedap n kenyang
  19. ESP + kurma + badam + avocado + ais (blend) <<<--- hasil?.. sgt mengujakan!!


Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:

  • Segelas fresh milk
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt
  • Fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
  • 1 sudu ESP (saya tambah 1 sudu Mealshake dan 1 paket Collagen powder.. sebab itu nama resepi awet muda kekal langsing.. haha)
  • 1 sudu kecil madu
  • Serbuk koko (optional)
* Blend semua bahan-bahan di atas

Sumber resepi: [DARI SINI]


Oppss, nanti dulu! Sila ambil perhatian..

  • Jangan bancuh protein dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi
  • Jangan ambil lebih dari 3 SUDU sehari kerana akan membebankan buah pinggang untuk proses protein yang berlebihan
Selamat Mencuba ya!! (",)



Monday, September 2, 2013

Kehamilan ~ Trimester Kedua

Salam.. 
Sedar tak sedar, bulan Syawal dah nak melabuh tirainya. Hasil pemeriksaan berkala di klinik minggu lepas menunjukkan kandungan saya dah masuk minggu ke22, dah masuk ke trimester kedua rupanya. Boleh dikatakan sudah melepasi separuh perjalanan kehamilan. Erm, cepat betul masa berlalu sekarang ini kan?

Berikut adalah antara tips kehamilan trimester kedua yang boleh dipraktikkan:



























Alhamdulillah.. seperti kehamilan saya yang sebelum-sebelum ini, saya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lepas dengan jayanya. Masuk saja bulan Ramadhan, jadual harian saya menjadi semakin padat. Selepas balik dari tempat kerja dan mengambil anak-anak, boleh dikatakan setiap hari saya akan memasak juadah berbuka puasa di rumah. Walaupun menu yang simple, tapi ianya boleh dikatergorikan sebagai 'menyelerakan dan mengenyangkan' perut saya, encik suami dan anak3, alhamdulillah!.. Selepas menghabiskan cuti raya selama 2 minggu di kampung, kami balik semula ke Melaka. Saya terus melakukan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal pula. Syukur, Allah permudahkan urusan puasa sunat saya kali ini..

Minggu ke-23: Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna. 


Minggu ke-24: Kulit bayi mulai menebal. 


Minggu ke-25: Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indra bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. 


Minggu ke-26: Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi. Ibu dan ayah dah boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. 


Minggu ke-27: Indra rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. 


Minggu ke-28: Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. 


Minggu ke-29: Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia. 


Minggu ke-30: Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Kini si kecil pun sudah mulai menghasilkan air mata.

Sambil menaip entri ini, baby dalam perut asyik menendang-nendang. Sayang dah bangun ya? ehehe.. Fikiran saya plak terbayang-bayang kecomelan anak yang berada di dalam perut sendiri. Ohh, sungguh indah perasaan seorang ibu yang sedang hamil!

Ok, sambung cerita semula.. Untuk kehamilan yang ke4 ini, saya mengambil set kehamilan Shaklee yang mengandungi ESP, Omega Guard dan Vita-C. Alhamdulillah.. hasilnya, saya tetap bertenaga untuk melakukan tugasan harian sebagai isteri, ibu kepada 3 orang anak-anak yang 'aktif' dan pekerja swasta walaupun sambil mengusung perut yang semakin membesar ini. Thank you Allah!

Setiap ibu pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya. Saban hari saya berdoa supaya dipermudahkan proses kehamilan dan kelahiran anak yang ke4 ini. Semoga dianugerahkan dengan zuriat yang cukup sifat, sihat & comel, amin..

Oklah, jam dah menunjukkan ke pukul 4.17 petang. Bersiap-siap untuk solat Asar dan thumb-out pada pukul 5 petang nanti. Moga jumpa di entri yang akan datang.

Jika ada sebarang pertanyaan atau pesanan, jangan malu segan untuk menghubungi 019-216 5059 (Nita) atau emel nira5850@yahoo.com.

Akhir kata, "Jom sihat bersama Shaklee!"







Monday, August 19, 2013

ESP ~ Hot Selling!!..

Kenapa protein amat penting?
 

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah
  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
  • Meningkatkan sistem imunisasi badan

Energizing Soy Protein



So, apa kandungan ESP ini?

ESP ini mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap canister ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
 
ESP ini mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

Protein kacang soya adalah 2x lebih dari daging, 4x lebih dari telur, 12x lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.



Psstt!.. mereka2 yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam atau tumit kaki yg merekah tu adalah disebabkan kekurangan protein tau.. So, sumber protein amat diperlukan untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati tersebut ;)..

Jom kita baca testimoni para pengguna yg dah merasai hasil penangan ESP ni..  


  So, PM lelaju untuk dapatkan harga yang menarik! ;)


♥ SMS/Whatsapp: 019-216 5059
  ♥ Email: nira5850@yahoo.com 




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Sunday, August 18, 2013

Pengalaman berpantang bersama Shaklee! ;)..


Bismilllah....

Utk pengetahuan semua, ini adalah pengalaman saya sendiri berpantang bersama Shaklee. Saya mula berjinak2 dengan produk Shaklee ni pada akhir tahun 2011, masa tu mengandungkan anak ke3. Ia bermula apabila saya selalu kena sindir ngan en. suami sbb saya dh membazirkan 2 produk confinement set selepas melahirkan kedua2 anak saya yang lepas.. 
"Beli mahal2, tp simpan je kt dlm almari tu... Pantang yang ke3 ni, ayg pakai baki set pantang yg lepas jela ye?.."

uhuhu, ade ke patut!?.. so, saya pn bertekad utk cari produk yang konfem akn saya pakai semasa berpantang kali ni. Cari punya cari.. ter'google' la set berpantang Shaklee (trial pack).. 

Trial pack ni ade 4 jenis vitamin masing2 40 biji & 1 vitamin milkbooster ade 80 biji utk sepanjang tempoh berpantang?? erm, menarik ni!.. tp saya was2 gak nak berpantang dengan makan vitamin je, x pakai jamu2 langsung.. so, saya pn google lg kebaikan & keburukan berpantang dengan vitamin Shaklee ni.. Alhamdulillah, pencarian saya tidak mengecewakan.. rata2 para pengguna Shaklee amat berpuas ati dengan produk Shaklee ni.. so, saya pn meng'order' la trial pack ni drp sis Zura Betty, otai distributor dr JB ;)..



Slps bersalin anak ke3 pd awal tahun 2012, saya pn berpantang la dengan set berpantang Shaklee ni.. so, waktu pantang tu saya memang tak makan jamu langsung. Mak saya agak bising jugak la sbb saya tak makan jamu. Saya hanya makan vitamin Shaklee semata-mata je. Alhamdulillah, luka saya cepat sembuh. Sembelit yang penah saya alami semasa berpantang sebelum2 ni pn dah ilang.. Ya Allah, syukurr sgt!!..

Pada masa yang sama, saya mula menyimpan stok susu utk anak saya sbb saya dh nekad utk full breastfeed anak yg ke3 ni. Awal2 susu mmg sgt sikit, tp berkat nekad & sokongan en.suami, lama kelamaan stok susu saya pn bertambah. Alhamdulillah..

So, saya teruskan usaha menyusukan anak dengan mengambil produk ESP plak.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengambilan ESP ni membuatkn bdn saya rasa lebih bertenaga, susu saya pn nmpk lebih pekat drp biasa.. ermm, sejak dari tu saya dh mula 'jatuh cinta' dgn produk Shaklee ni! ;).. 

ni la budak yg saya lahirkan awal tahun 2012 aritu.. skng ni dh berumur 1 tahun 7 bulan.. insyaAllah, akn menjdi 'kakak' pd akhir tahun 2013 nanti.. doakan semuanya akn dipermudahkan ye..

Akhir kata, x kenal mana nk dtgnya rasa cinta, betul x? Anda cuba sendiri dulu, baru akan dtg rasa keserasiannya.. 

Jom mulakan hidup dgn cara yang sihat bersama vitamin Shaklee!! (",)

Sebarang pertanyaan, pesanan & harga yg hebat..   
jgn malu2 hubungi saya!
♥ SMS/WhatsApp: 019-216 5059
♥ Email : nira5850@yahoo.com