Showing posts with label Kepentingan B-Complex Untuk Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan B-Complex Untuk Ibu Hamil. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Kepentingan Asid Folik Kepada Ibu Hamil dan Bayi

Anda tahu apa fungsi Asid Folik?

Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak

Asid Folik dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Asid Folik terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan asid folik anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".


Tahukah anda, pengambilan Asid Folik amat penting semasa anda mengandung?
  
Asid Folik sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
Asid  folik sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Apa kesannya jika kekurangan asid folik? 

Ibu: kurang daya tumpuan, tekanan perasaan, mudah terasa hati dan gemuruh

Bayi : kecacatan tiub neural yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal, atau Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.

 

Ibu yang tidak mengambil asid folik adalah BERISIKO 5 KALI GANDA untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural!

Takut kan? Amat menyedihkan jika perkara yang boleh dicegah tapi kebanyakan ibu-ibu mengabaikan pengambilan asid folik ini. Mangsanya adalah BAYI YANG DIKANDUNG!

Sebagai ibu yang bijaksana dan prihatin, anda PERLU mengambil langkah-langkah pencegahan berlakunya kecacatan kelahiran ini. Cegahlah sebelum terlambat!



Ambillah multivitamin setiap hari dengan asid folik (400mg) supaya bayi yang bakal dilahirkan  cukup sifat dan sihat, InsyaAllah..



Thursday, October 17, 2013

Kepentingan B-Complex Kepada Ibu Hamil

Vitamin B-Complex adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:
  •    B1 - Thiamin
  •    B2 - Riboflavin
  •    B3 - Niacin
  •    B5 - Panthothenic Acid
  •    B6 - Pyridoxine
  •    B7 - Biotin
  •    B9 - Folic Acid
  •    B12 - Cyanocobalamin

Setiap komponen dalam vitamin B-Complex memiliki fungsi khusus. Vitamin ini membantu dalam fungsi sistem pertahanan tubuh dan saraf yang sihat. Ia juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan mampu mencegah anemia.

Kekurangan vitamin B-Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.
Credit to BondaSha


Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahawa kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.



Apa Keistimewaan B-Complex Shaklee?

1) Kandungan Vitamin B-Complex Shaklee adalah LENGKAP! Terdapat 8 vitamin B yang diperlukan oleh tubuh manusia: B1, B2,B3,B5, B6,B7 (Biotin), B9 (Folic Acid), B12

Tetapi, vitamin B-Complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kesihatan Kerajaan (KKK) hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B sahaja iaitu B1(Thiamin), B2(Riboflavin) & B3(Niacin). Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex & asid folic dari KKK, mereka masih kekurangan B5(Panthothenic Acid), B6(Pyridoxin), B7(Biotin) & B12(Cyanocobalamin).


2) Vitamin B-Complex Shaklee mempunyai 100% Biotin & Asid Folik.
Biotin ni mahal harganya. Oleh sebab itu, kebanyakan pengeluar vitamin mengurangkan kadar kuantiti Biotin ini.

Tetapi, Vitamin B-Complex Shaklee ini sememangnya THE BEST sebab ada 100% Biotin & Asid Folik!

Apa fungsi biotin ini?
  • penting dalam metabolisme karbohidrat,protein dan lemak
  • membentuk hormon
  • membantu mengekalkan kesihatan rambut- mencegah keguguran rambut
  • dapat mencegah penyakit radang kulit atau dermatitis atau yang pada bayi disebut dengan cradle cap.
  • perlu bagi pertumbuhan sel, pengeluaran asid lemak, dan metabolisme lemak dan asid amino.
  • membantu dalam mengekalkan tahap gula dalam darah dengan baik.

3) Vitamin B-Complex Shaklee ini mempunyai sistem serapan bioaktif (bioactivated system)
Dimana, ianya mampu meningkatkan penyerapan nutrien penting iaitu asid folik. Dan yang paling penting, ianya tiada bahan sintetik.. SELAMAT & SEMULAJADI!


Pendek kata, Vitamin B-Complex Shaklee ini amat penting kepada ibu-ibu hamil bagi mengekalkan tahap kesihatan ibu dan anak yang optimum!

Tunggu apa lagi? 
Hubungi saya sekarang untuk harga yang ISTIMEWA!