Showing posts with label Omega Guard. Show all posts
Showing posts with label Omega Guard. Show all posts

Monday, June 9, 2014

Kalau nak DIET tak boleh SKIP makan?.. Kenapa?

Assalamualaikum & Selamat Tengahari semua!

Anda dah 'lunch'? 
Apa!!.. Tak nakk makan sebab ON DIET?? 
Sebab nak buang LEMAK-LEMAK DEGIL??



Ermmm.. salah cara anda tu! 
Meh saya share tips kurus yang sihat & berkesan (",)


 
Antara tips kuruskan badan yang sihat
  •       Minum 2-3Liters air setiap hari
  •       Kurangkan karbohidrat dalam pemakanan seharian
  •       Kurangkan makanan yang berminyak
  •        Melakukan senaman yang dapat membakar kalori banyak, seperti berlari
  •       Banyakkan makan buah dan sayuran

Lagi satu, jangan lupa amalkan 'booster' atau agen pemecah lemak iaitu Lecithin / Omega Guard. 

Anda boleh try jadual diet salah seorang pengamal Cinch Shake seperti di bawah.




InsyaAllah, anda akan mendapatkn bentuk badan ideal yang diimpikan pada hari raya nanti!


Selamat mencuba!



Sunday, April 27, 2014

Set 3in1.. Memang BERBALOI!..

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah.. hari ini Allah beri kelapangan kepada saya untuk menaip entri  baru 'Gobok Sihat'


Anda sedang mengandung? 
Anda sedang menunggu hari untuk bersalin? 
atau..
Anda sedang mencari 'Set Berpantang'?

Ya, tepat sekali! Entri saya ini lah 'jawapan' kepada apa yang sedang anda cari!!..

Ini dia, Set 3in1.. 
Set Keperluan NUTRISI LENGKAP untuk
 ibu mengandung, ibu berpantang dan sekaligus ibu yang sedang menyusukan anak (sehingga 2 tahun).

Kombinasi TERBAIK untuk keperluan ibu-ibu!




Set 3in1 ini super jimat kerana boleh digunakan dari tempoh kehamilan, tempoh berpantang sehingga anak berusia 2 tahun.



Apa kepentingan OmegaGuard dan Ostematrix kepada ibu hamil?

* OmegaGuard (EPA & DHA)


* Ostematrix (Calcium & Magnesium)

 
Apa kebaikan Set Berpantang Shaklee?


Anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk ibu dan bayi menyusu. Set Berpantang Shaklee ini dijamin selamat untuk menyusukan bayi kerana ianya pil-pil vitamin semulajadi.

Secara ringkasnya, Set Berpantang Shaklee berfungsi untuk:
-  membantu ibu tenang menghadapi rutin harian
-  menyediakan vitamin dan mineral asas
-  mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) 
-  pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.
 
 
Apa kebaikan Alfafa Complex kepada ibu menyusukan?
 
 
Secara ringkasnya, fungsi Alfafa Complex adalah
- sebagai penggalak susu ibu 
- penawar sembelit
- menyahtoksin tubuh  
- juga sebagai kacip fatimah
 
 
Keunikan dan kehebatan Set Bersalin Shaklee ini sebenarnya terletak pada kombinasi vitamin semulajadi yang benar-benar menepati keperluan dalaman dan luaran seorang ibu, samada sedang mengandung, berpantang mahupun menyusukan!
 
Memang BERBALOI kan?
 
 

Wednesday, December 18, 2013

Omega 3 MAMPU membakar LEMAK?

Anda nak KURUS?
Tahukah anda, Omega 3 boleh MEMBAKAR LEMAK??



Macam mana Omega 3 boleh bakar lemak??
''Fish oil supplements may help overweight people and people with high blood pressure to lose weight, according to the National Institutes of Health. Omega-3 fatty acids or polyunsaturated fatty acids, are found in fish oil. They are considered essential to your diet because your body can't make them.''  [Sumber Asal]


Omega-3 membakar lemak dalam tubuh dengan bertindak balas pada hormon yang dipanggil Leptin. Leptin memberi signal kepada otak untuk mengurangkan selera makan kita. Jadi dalam masa yang sama, kita boleh maintain dan kurangkan berat badan.

Leptin dapat meningkatkan tahap metabolisme badan melalui peningkatan output hormon tiroid. Setiap sel dalam tubuh bergantung kepada hormon tiroid untuk mengawal metabolisme badan. Apabila metabolisme badan meningkat, mudah untuk kita menurunkan berat badan.

Oleh itu, amalan pengambilan Omega-3 untuk membantu badan bertindak balas lebih lancar dengan Leptin. Hal ini menyebabkan metabolisme badan meningkat dan pembakaran lemak juga turut meningkat.
      Ooppss... selama ni duk ingat minyak ikan hanya untuk jantung, sendi dan otak sahaja. Rupa-rupanya ia juga handal dalam 'tugas' MEMBAKAR LEMAK.. Nampaknya encik Lecithin kita ada persaingan!


Apa beza Lecithin dengan OmegaGuard?

Jangan risau ye, Lecithin atau OmegaGuard sama-sama handal untuk menyingkirkan lemak-lemak degil dalam badan kita... Perbezaan antaranya ialah HARGA dan KEBERKESANANNYA!  

Perumpamaanya begini, Lecithin ibarat anda menaiki kereta KANCIL manakala OmegaGuard pula ibarat menaiki kereta HONDA.. Pasti anda dah dapat membezakan antara kedua-duanya kan? OmegaGuard lebih pantas dalam proses pembakaran lemak tetapi harga lebih mahal berbanding Lecithin. Bukan bermaksud, yang murah tu tidak bagus ya..
 

Sebagai pengguna BIJAK, anda boleh buat pilihan mengikut bajet dan keperluan anda!

Please take note ya.. pengambilan OmegaGuard mestilah disertakan dengan corak pemakanan yang sihat, senaman yang konsisten dan pengambilan air masak yang banyak untuk kesan yang lebih optimum!
Selamat Mencuba!

Monday, September 2, 2013

Kehamilan ~ Trimester Kedua

Salam.. 
Sedar tak sedar, bulan Syawal dah nak melabuh tirainya. Hasil pemeriksaan berkala di klinik minggu lepas menunjukkan kandungan saya dah masuk minggu ke22, dah masuk ke trimester kedua rupanya. Boleh dikatakan sudah melepasi separuh perjalanan kehamilan. Erm, cepat betul masa berlalu sekarang ini kan?

Berikut adalah antara tips kehamilan trimester kedua yang boleh dipraktikkan:



























Alhamdulillah.. seperti kehamilan saya yang sebelum-sebelum ini, saya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lepas dengan jayanya. Masuk saja bulan Ramadhan, jadual harian saya menjadi semakin padat. Selepas balik dari tempat kerja dan mengambil anak-anak, boleh dikatakan setiap hari saya akan memasak juadah berbuka puasa di rumah. Walaupun menu yang simple, tapi ianya boleh dikatergorikan sebagai 'menyelerakan dan mengenyangkan' perut saya, encik suami dan anak3, alhamdulillah!.. Selepas menghabiskan cuti raya selama 2 minggu di kampung, kami balik semula ke Melaka. Saya terus melakukan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal pula. Syukur, Allah permudahkan urusan puasa sunat saya kali ini..

Minggu ke-23: Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna. 


Minggu ke-24: Kulit bayi mulai menebal. 


Minggu ke-25: Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin membaik. Indra bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. 


Minggu ke-26: Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi. Ibu dan ayah dah boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. 


Minggu ke-27: Indra rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. 


Minggu ke-28: Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. 


Minggu ke-29: Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia. 


Minggu ke-30: Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup matanya. Kini si kecil pun sudah mulai menghasilkan air mata.

Sambil menaip entri ini, baby dalam perut asyik menendang-nendang. Sayang dah bangun ya? ehehe.. Fikiran saya plak terbayang-bayang kecomelan anak yang berada di dalam perut sendiri. Ohh, sungguh indah perasaan seorang ibu yang sedang hamil!

Ok, sambung cerita semula.. Untuk kehamilan yang ke4 ini, saya mengambil set kehamilan Shaklee yang mengandungi ESP, Omega Guard dan Vita-C. Alhamdulillah.. hasilnya, saya tetap bertenaga untuk melakukan tugasan harian sebagai isteri, ibu kepada 3 orang anak-anak yang 'aktif' dan pekerja swasta walaupun sambil mengusung perut yang semakin membesar ini. Thank you Allah!

Setiap ibu pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya. Saban hari saya berdoa supaya dipermudahkan proses kehamilan dan kelahiran anak yang ke4 ini. Semoga dianugerahkan dengan zuriat yang cukup sifat, sihat & comel, amin..

Oklah, jam dah menunjukkan ke pukul 4.17 petang. Bersiap-siap untuk solat Asar dan thumb-out pada pukul 5 petang nanti. Moga jumpa di entri yang akan datang.

Jika ada sebarang pertanyaan atau pesanan, jangan malu segan untuk menghubungi 019-216 5059 (Nita) atau emel nira5850@yahoo.com.

Akhir kata, "Jom sihat bersama Shaklee!"







Sunday, September 1, 2013

Set Kesihatan Sendi

Set kesihatan sendi ini mengandungi 3 elemen utama iaitu Omega Guard, Joint Health Tablet dan Ostematrix:

Jom kita ulangkaji semula apa khasiat satu per satu produk!


1) Omega Guard 
  • Berkesan untuk penyakit radang seperti radang sendi dan asma
  • Menghalang berlakunya ‘arterosklerosis’ iaitu pembentukan lemak dalam pembuluh darah 
  • Menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi
  • Untuk mencerah penglihatan, mengawal migrain dan mencegah barah
  •  Menjaga pertumbuhan dan perkembangan pada bayi dan anak-anak
    • Sebagai nutrisi perkembangan prenatal dan membantu perkembangan otak bayi


2) Joint Health Tablet
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Membantu kekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Melancarkan pergerakan harian
  • Sangat berkesan, kesan positif selepas 5 hari pengambilan
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • Anti radang semulajadi
  • Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan
  • Membekalkan glukosamina (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen
  
 3) Ostematrix
  • Menguatkan tulang dan gigi
  • Menghalang arthritis
  • Membantu mengelakkan kekejangan, kebas dan sakit tulang belakang
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal (mengurangkan stress)
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Memastikan kepadatan tulang anda mampu untuk mengampu tubuh badan anda
  • Membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis) 
  • Menambah penghasilan susu
  • Mengurangkan masalah haid dan senggugut 



Jagalah sel tulang, otot dan sendi anda atau orang yang tersayang dengan 
Set Kesihatan Sendi ini, sangat memenuhi keperluan dan bajet anda.. 
Sangat sesuai juga untuk dijadikan hadiah yang terbaik untuk 
ibu, ayah, isteri or suami kesayangan anda! 
Dapatkannya sekarang dengan harga yang menarik!



♥ SMS/Whatsapp: 019-216 5059 
  ♥ Email: nira5850@yahoo.com 





Wednesday, August 21, 2013

Pengambilan Omega Guard ~ Pilihan Bijak!

 
Omega Guard

Apa kepentingan Omega 3?
Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. 

Semua orang mengenali Omega-3 adalah berasaskan dari ikan laut dalam. Antara ikan yang paling tinggi kandungan Omega 3 adalah ikan salmon kerana ikan salmon adalah ikan yang mengandungi merkuri yang rendah. Ini berita baik untuk penggemar ikan salmon!



Apa kelebihan Omega 3 dalam Shaklee Omega Guard ini?
  • Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
  •  Bukan dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.  
  • Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.
  • Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu- satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  • 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
  • Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  • Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak  omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.



Omega ni penting untuk siapa?

  - ibu mengandung/menyusu
  - warga emas
  - penghidap darah tinggi
  - kanak-kanak asthma
  - pelajar
  - penghidap gout, eczema, asthma, allergy  dan sakit sendi




Jika anak anda sering selsema, amalkan mengambil sebiji omega setiap hari.. InsyaAllah, anak anda akan pulih dari selsema dengan cepat! ;)

Hubungi saya sekarang untuk dapatkan Shaklee Omega Guard pada harga terbaik!!



 ♥ SMS/WhatsApp: 019-216 5059
♥ Email : nira5850@yahoo.com




* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit