Showing posts with label set pantang. Show all posts
Showing posts with label set pantang. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Jayakan Penyusuan Anda dengan Suplemen Semulajadi!


Susu badan anda MERUDUM??
Anda sering KELETIHAN??



Mari cuba Set Penyusuan Suplemen Semulajadi mengikut bajet anda.. 


1) Set Keperluan Asas - Alfafa + ESP


2) Set Keperluan Penyusuan Lengkap (3M)
Alfafa + ESP + B-Complex + Vita-C + VitaLea + Ostematrix
 


Siapa yang perlu amik set ini?


Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan..
si ibu yang nak mula menyimpan stok..
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang mengalami masalah penghasilan susu


Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu masih menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari... insyaAllah, set ini mampu membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.




Jom kita layan apa kata survey!








Akhir kata, ibu-ibu semua jangan lah cepat berputus asa.. Teruskan usaha murni anda untuk memberikan yang TERBAIK untuk si manja anda. 

Sebagai penutup, saya berikan tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu..


SUSU IBU  Adalah Yang TERBAIK Untuk SI MANJA Anda!

Semoga BERJAYA!!


Sunday, April 27, 2014

Set 3in1.. Memang BERBALOI!..

Assalamualaikum..

Syukur alhamdulillah.. hari ini Allah beri kelapangan kepada saya untuk menaip entri  baru 'Gobok Sihat'


Anda sedang mengandung? 
Anda sedang menunggu hari untuk bersalin? 
atau..
Anda sedang mencari 'Set Berpantang'?

Ya, tepat sekali! Entri saya ini lah 'jawapan' kepada apa yang sedang anda cari!!..

Ini dia, Set 3in1.. 
Set Keperluan NUTRISI LENGKAP untuk
 ibu mengandung, ibu berpantang dan sekaligus ibu yang sedang menyusukan anak (sehingga 2 tahun).

Kombinasi TERBAIK untuk keperluan ibu-ibu!




Set 3in1 ini super jimat kerana boleh digunakan dari tempoh kehamilan, tempoh berpantang sehingga anak berusia 2 tahun.



Apa kepentingan OmegaGuard dan Ostematrix kepada ibu hamil?

* OmegaGuard (EPA & DHA)


* Ostematrix (Calcium & Magnesium)

 
Apa kebaikan Set Berpantang Shaklee?


Anda perlu mencari set yang mudah diamal, harga mampu milik dan selamat untuk ibu dan bayi menyusu. Set Berpantang Shaklee ini dijamin selamat untuk menyusukan bayi kerana ianya pil-pil vitamin semulajadi.

Secara ringkasnya, Set Berpantang Shaklee berfungsi untuk:
-  membantu ibu tenang menghadapi rutin harian
-  menyediakan vitamin dan mineral asas
-  mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) 
-  pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.
 
 
Apa kebaikan Alfafa Complex kepada ibu menyusukan?
 
 
Secara ringkasnya, fungsi Alfafa Complex adalah
- sebagai penggalak susu ibu 
- penawar sembelit
- menyahtoksin tubuh  
- juga sebagai kacip fatimah
 
 
Keunikan dan kehebatan Set Bersalin Shaklee ini sebenarnya terletak pada kombinasi vitamin semulajadi yang benar-benar menepati keperluan dalaman dan luaran seorang ibu, samada sedang mengandung, berpantang mahupun menyusukan!
 
Memang BERBALOI kan?
 
 

Wednesday, April 2, 2014

Semestinya Berpantang Bersama SHAKLEE!

Alamak, nampaknya dah bersawang dah Gobok Sihat ni.. Sekejap je dah masuk suku tahun 2014.

 Sejak lepas bersalin operate 25/12/13 aritu dan duduk terperap kat rumah saja, memang asyik tak sempat je nak update blog.. blog ni macam dah di'anaktiri'kan plak.. asyik fokus kat fb je, ehehe..

Alhamdulillah.. tanggal 2hb April 2014 semalam, SIL dah selamat melahirkan anak yang ketiga.. Yang pastinya, SIL akan berpantang dengan Set Berpantang SHAKLEE macam saya!

B-complex, Vita-Lea, Vita-C, 
Zinc complex dan Alfafa complex 

Gabungan set vitamin yang memang owesome! 

InsyaAllah, anda akan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari!..



Ok, jumpa lagi di lain entri!

Assalamualaikum (",)



Thursday, October 17, 2013

Jamu Vs. Vitamin

Bagi ibu-ibu hamil yang sudah memasuki trimester ke3, pastinya sedang membuat persiapan dan mencari set berpantang untuk kegunaan waktu berpantang nanti. 



      Apakah set berpantang pilihan anda? Adakah set ubat-ubatan tradisional seperti jamu menjadi pilihan anda? Sebelum itu, jom baca sedikit info mengenai perbezaan antara jamu dan vitamin.



Jamu Periuk
    Jamu sebenarnya adalah salah satu jenis makanan tambahan juga. Tapi, yang membezakan antara jamu dengan vitamin adalah jamu  mengambil MASA YANG LAMA UNTUK DIURAIKAN oleh sistem badan demi untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya. Sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak lambakkan jamu-jamu di pasaran. Banyak yang di antaranya TIADA KELULUSAN KKM dan boleh MEMUDARATKAN.

      Bagi ibu yang menyusukan bayi, si ibu tidak digalakkan untuk mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok kepada bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau jaundice. Kerana terdapat jamu yang dikategorikan sebagai 'PANAS'! Jadi, ibu-ibu perlu berhati-hati dalam memilih jamu yang sesuai untuk diri sendiri dan juga bayi anda.

Sangat berbeza dengan vitamin.. Badan manusia sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan manusia MENERIMA DAN MENYERAP DENGAN CEPAT dengan syarat pengambilan air yang mencukupi. Para doktor dan pengamal perubatan moden juga mengiktiraf pengambilan vitamin ini kerana ianya bersifat SELAMAT dan NATURAL kepada tindakbalas tubuh badan.
Set Berpantang Shaklee
Sebab itulah, anda amat disarankan untuk mengambil Set Berpantang Shaklee ini kerana ianya amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu. 
   Pengambilan vitamin-vitamin penting ini mampu membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan atau risiko meroyan. Yang pastinya, pengambilan vitamin yang lengkap dapat memastikan si ibu sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru. Harga pakej yang ditawarkan juga amat berbaloi-baloi!

      Jadi, bertukarlah kepada set berpantang yang SIHAT, SELAMAT lagi MENJIMATKAN iaitu Set Berpantang Shaklee! 

"Tak tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata.."
 


Saya sudah merasai pengalaman berpantang bersama Set Berpantang Shaklee.. memang sangat berpuas hati!

Anda ingin mencuba?
Nak tahu harga?  
Hubungi saya sekarang!..

Tuesday, August 27, 2013

Set Berpantang ~ Mengikut Bajet Anda!


         Anda masih mencari-cari set berpantang/bersalin yang sesuai dan ekonomi? Masih ragu-ragu untuk mengambil samada vitamin tambahan ataupun produk yang berasaskan jamu-jamu/herba-herba? 

Dapatkanlah Set Bersalin/Berpantang Shaklee! Kenapa? Kerana anda tak perlu risau lagi, Set Berpantang/Bersalin Shaklee ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu. Harga pakej yang ditawarkan memang berbaloi dan amat bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru. Terdapat 3 set yang memenuhi keperluan ibu-ibu yang dalam tempoh berpantang samada kelahiran secara normal/pembedahan :

 Set Asas: B-Complex + Vita-Lea + Vita-C + Zinc Complex



    Set Optimum: ESP + B-Complex + Vita-Lea + Vita-C + Zinc Complex + Ostematrix



 


Set Lengkap (plus Menyusu): ESP + Ostematrix + B-Complex + Vita-Lea + Vita-C + Zinc Complex + Alfafa Complex



Apa khasiat setiap vitamin di atas? Jom kita tengok!

Vita-Lea - Merupakan multivitamin dan multimineral untuk membekalkan tenaga dan keperluan nutrisi tubuh.

B-Complex - Terdiri dari 8 vitamin B dengan asid folik. Membantu mengurangkan kemurungan, metabolisma, membantu pembinaan sel darah merah.

Vita-C Sustained Released (500mg) - Vitamin C dengan pelepasan secara berperingkat mengikut masa untuk pastikan badan mendapat bekalan vitamin C sepanjang hari.

Zinc Complex - Menyembuhkan luka bersalin dengan cepat (menggantikan pati ikan haruan) dan mengelakkan kelesuan

Ostematrix - Bekalan kalsium (dilengkapi dengan Magnesium, Vitamin D dan mineral penting yang lain) untuk kesihatan tulang dan bermanfaat untuk penyusuan susu ibu.
 
Alfalfa - Menggalak susu disamping mengecutkan rahim, mengurangkan sakit sendi dan membuang toksin dalam badan.

ESP – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun



* Keistimewaan vitamin-vitamin Shaklee ini ialah ia diperbuat dari bahan semulajadi disamping menjalani ujian klinikal. Setiap produk Shaklee terbukti selamat dan berkesan digunakan. Sesuai juga untuk ibu-ibu bagi mengatasi masalah rambut gugur tatkala bayi berusia 3-6 bulan kelak.

Rasailah keajaiban Set Bersalin/Berpantang Shaklee ini. Ramai pengguna yang telah merasainya! Bagi kaum bapa pula, pilihlah set bersalin yang terbaik ini untuk isteri kesayangan anda..

Tunggu apa lagi? Sebarang pertanyaan/pesanan, 
sila hubungi..
♥ SMS/Whatsapp: 019-216 5059


  ♥ Email: nira5850@yahoo.com 

Sunday, August 18, 2013

Pengalaman berpantang bersama Shaklee! ;)..


Bismilllah....

Utk pengetahuan semua, ini adalah pengalaman saya sendiri berpantang bersama Shaklee. Saya mula berjinak2 dengan produk Shaklee ni pada akhir tahun 2011, masa tu mengandungkan anak ke3. Ia bermula apabila saya selalu kena sindir ngan en. suami sbb saya dh membazirkan 2 produk confinement set selepas melahirkan kedua2 anak saya yang lepas.. 
"Beli mahal2, tp simpan je kt dlm almari tu... Pantang yang ke3 ni, ayg pakai baki set pantang yg lepas jela ye?.."

uhuhu, ade ke patut!?.. so, saya pn bertekad utk cari produk yang konfem akn saya pakai semasa berpantang kali ni. Cari punya cari.. ter'google' la set berpantang Shaklee (trial pack).. 

Trial pack ni ade 4 jenis vitamin masing2 40 biji & 1 vitamin milkbooster ade 80 biji utk sepanjang tempoh berpantang?? erm, menarik ni!.. tp saya was2 gak nak berpantang dengan makan vitamin je, x pakai jamu2 langsung.. so, saya pn google lg kebaikan & keburukan berpantang dengan vitamin Shaklee ni.. Alhamdulillah, pencarian saya tidak mengecewakan.. rata2 para pengguna Shaklee amat berpuas ati dengan produk Shaklee ni.. so, saya pn meng'order' la trial pack ni drp sis Zura Betty, otai distributor dr JB ;)..



Slps bersalin anak ke3 pd awal tahun 2012, saya pn berpantang la dengan set berpantang Shaklee ni.. so, waktu pantang tu saya memang tak makan jamu langsung. Mak saya agak bising jugak la sbb saya tak makan jamu. Saya hanya makan vitamin Shaklee semata-mata je. Alhamdulillah, luka saya cepat sembuh. Sembelit yang penah saya alami semasa berpantang sebelum2 ni pn dah ilang.. Ya Allah, syukurr sgt!!..

Pada masa yang sama, saya mula menyimpan stok susu utk anak saya sbb saya dh nekad utk full breastfeed anak yg ke3 ni. Awal2 susu mmg sgt sikit, tp berkat nekad & sokongan en.suami, lama kelamaan stok susu saya pn bertambah. Alhamdulillah..

So, saya teruskan usaha menyusukan anak dengan mengambil produk ESP plak.. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pengambilan ESP ni membuatkn bdn saya rasa lebih bertenaga, susu saya pn nmpk lebih pekat drp biasa.. ermm, sejak dari tu saya dh mula 'jatuh cinta' dgn produk Shaklee ni! ;).. 

ni la budak yg saya lahirkan awal tahun 2012 aritu.. skng ni dh berumur 1 tahun 7 bulan.. insyaAllah, akn menjdi 'kakak' pd akhir tahun 2013 nanti.. doakan semuanya akn dipermudahkan ye..

Akhir kata, x kenal mana nk dtgnya rasa cinta, betul x? Anda cuba sendiri dulu, baru akan dtg rasa keserasiannya.. 

Jom mulakan hidup dgn cara yang sihat bersama vitamin Shaklee!! (",)

Sebarang pertanyaan, pesanan & harga yg hebat..   
jgn malu2 hubungi saya!
♥ SMS/WhatsApp: 019-216 5059
♥ Email : nira5850@yahoo.com