Showing posts with label Zinc. Show all posts
Showing posts with label Zinc. Show all posts

Thursday, May 1, 2014

Masalah Rambut GUGUR Selepas Bersalin?

"Errkk, banyaknya rambut gugur bersepah-sepah kat lantai rumah.. tu belum cerita kat lubang air dalam toilet lagi.. bila menyapu pulak, Mak ai! boleh penuh satu penyodok tu.. Aduss, pening kepala!.. Macam mana ni?? kalau dibiarkan, parah jadinya ni!"


Anda Mengalami Masalah Begini?? Keguguran rambut yang melampau?

Jangan panik!.. Apa kata anda cuba beberapa Tips Elak Rambut Gugur berikut:

  • Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.
  • Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.
  • Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam.
  • Sapukan rendaman salah satu bahan yang mempunyai antioksida iaitu teh, buah epal atau kopi  dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.
  • Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut. Kalau nak mudah, minum je ESP, sumber protein dari kekacang soya!
  • Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • Bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang. 
  • Last sekali cuba amalkan 1-2 biji Zinc complex setiap pagi. Rasanya cara ini yang paling mudah untuk diamalkan. Tak salah mencuba!..



Selamat Mencuba!


Monday, November 25, 2013

Vitamin Sihat ~ Zinc Complex!

Zinc Complex
Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita. Ia memainkan peranan dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

1. Dirumus dari gabungan zinc glukonat semulajadi dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium & serbuk alfalfa untuk hasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
2. Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
3. Berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium & plumbum dari tubuh

4. Ia mengandungi alfalfa (Medicago sativa)


Apa kelebihan Zinc Complex ini?
- Mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman
- Menghalang keguguran rambut
- Meningkatkan imunisasi badan
- Memperbaiki radang kulit
- Membantu masalah kesihatan prostat
- Meningkatkan kemampuan seks lelaki (menggalakkan penghasilan sperma & impoten)


* Zinc adalah khazanah lelaki. Tahukah anda zinc dlm prostat lelaki adalah 10x ganda dari organ lain & merupakan peranan penting dalam organ seks lelaki.


120 biji hanya RM30 sahaja??

Berminat?
Hubungi 019-216 5059 (nita) sekarang!


 

Monday, November 18, 2013

Merancang Untuk Hamil?


Merancang untuk hamil? 

Jika anda merancang untuk hamil, atau sudah mencuba tapi masih tidak berjaya, jangan berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan tubuh anda dalam keadaan tahap kesihatan yang optimum untuk mendapatkan bayi. Semoga kehadirannya akan lebih sempurna dirancang berbanding kehamilan yang tidak di rancang.

Beberapa tips untuk meningkatkan kesuburan:

1. Perhatikan berat badan anda. Berat badan berlebihan atau terlalu kurus boleh mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

2. Pentingnya makan makanan yang sihat, organik jika boleh. Pastikan anda mendapatkan semua nutrisi penting. Anda boleh cuba dengan Set Kesuburan Shaklee untuk si isteri dan vitamin E-Complex dan Zinc untuk si suami.

3. Ambil asid folik. Wanita yang merancang untuk hamil sememangnya perlu mengambil asid folik. Ianya sangat penting untuk pembentukan sistem saraf pusat kanak-kanak, dan mengurangkan risiko bayi yang lahir dengan spina bifida atau bayi lahir dengan tidak cukup berat. Mulakannya tiga bulan sebelum anda mencuba untuk hamil. 
Nak tahu vitamin apa yang mengandungi asid folik?
Jawapannya ialah B-Complex dan Vita-Lea

4. Bersenam dua jam seminggu atau setengah jam setiap hari adalah baik. 

5. Ubah rutin kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, minuman keras dan melewatkan waktu makan. Ini tidak baik untuk kesihatan anda. Dan kurangkan pengambilan kopi. 

6. Kurangkan terdedah kepada bahan kimia, racun dan radiasi. Jumlah sperma lelaki telah berkurang sebanyak 50 peratus dalam masa 50 tahun kebelakangan ini kerana terdedah kepada bahan kimia dan racun. 

7. Stres - Cuba untuk atasi tekanan yang dialami dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan yang berfaedah, seperti memasak, mendengar muzik atau meluangkan masa dengan kawan-kawan rapat dan keluarga tersayang.

Semoga usaha yang dirancangkan dipermudahkan olehNya. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua sebaik-baik Perancang.

Selamat Mencuba!