Thursday, May 1, 2014

Masalah Rambut GUGUR Selepas Bersalin?

"Errkk, banyaknya rambut gugur bersepah-sepah kat lantai rumah.. tu belum cerita kat lubang air dalam toilet lagi.. bila menyapu pulak, Mak ai! boleh penuh satu penyodok tu.. Aduss, pening kepala!.. Macam mana ni?? kalau dibiarkan, parah jadinya ni!"


Anda Mengalami Masalah Begini?? Keguguran rambut yang melampau?

Jangan panik!.. Apa kata anda cuba beberapa Tips Elak Rambut Gugur berikut:

  • Jangan dedahkan terlalu lama rambut kamu dengan pancaran matahari kerana ia menyebabkan rambut kamu menjadi kusam dan kering.
  • Guna sikat yang sesuai. Semakin panjang rambut kamu, maka semakin lebarlah diameter sikat yang perlu kamu gunakan.
  • Ambil mana-mana minyak seperti minyak zaitun, atau kelapa dan panaskan. Biarkan ia suam seketika kemudian urutkan secara perlahan-lahan di kepala. Pakai topi mandian dan biarkan selama sejam. Kemudian bilas menggunakan syampu dan air suam.
  • Sapukan rendaman salah satu bahan yang mempunyai antioksida iaitu teh, buah epal atau kopi  dan lumurkan ke kulit kepala selama satu jam sebelum dibilas. Antioksida meghalang keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut agar lebih lebat.
  • Amalkan makanan tinggi protein seperti tauhu, tempe, kekacang dan yogurt untuk menjadikan rambut kamu sihat bersinar serta mengatasi masalah rambut mudah kusut. Kalau nak mudah, minum je ESP, sumber protein dari kekacang soya!
  • Amalkan rehat secukupnya dan masalah ini dapat dikurangkan. Pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
  • Bersyampulah dengan berkala iaitu sebaik-baikya 2 hari sekali untuk mengelakkan minyak semulajadi yang dikeluarkan oleh kulit kepala daripada hilang. 
  • Last sekali cuba amalkan 1-2 biji Zinc complex setiap pagi. Rasanya cara ini yang paling mudah untuk diamalkan. Tak salah mencuba!..



Selamat Mencuba!


0 comments: