Antara Keluhan Ibu-ibu Hamil 
~ 'Selalu sakit kat bahagian tulang belakang saya ni..'
~ 'Adooiii.. sakitnya pinggang!'
  
 
Sakit belakang adalah perkara biasa dalam kehamilan. Dianggarkan 
kira-kira separuh hingga 3/4 wanita hamil mengalaminya. Walau 
bagaimanapun, ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk 
mengurangkan ketidakselesaan ini dan menghalangnya daripada menjadi 
masalah jangka panjang. 
  
Tips Atasi Sakit Belakang Ketika Hamil
Pakai kasut yang selesa dan elakkan bertumit tinggi. Apabila 
kandungan membesar, imbangan badan berubah dan penggunaan kasut bertumit
 tinggi boleh menyebabkan kecederaan akibat jatuh atau terseliuh. Pilih 
kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara. 
 
Mulakan program senaman ringan yang berterusan untuk 
meregang dan menguatkan otot yang menyokong tulang belakang, otot 
abdomen dan kaki. Anda boleh mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman
 yang sesuai. Senaman juga boleh mengawal penambahan berat badan yang keterlaluan 
ketika mengandung. 
 
Pastikan posisi tidur malam adalah betul bagi mendapatkan 
rehat yang cukup. Posisi mengiring dengan kedua sendi lutut dibengkokkan
 sedikit dan letak bantal di antara lutut dapat memberi keselesaan 
ketika tidur. Untuk bangun dari katil, mengiring dan bengkokkan sedikit 
paha dan lutut. Gunakan tangan untuk menolak badan anda bangun dari 
katil. 
 
Mandi atau berendam dalam air panas suam juga boleh mengurangkan 
sakit belakang. 
  
Elakkan mengangkat barang berat dengan postur yang salah. 
Jika perlu mengangkat barang, pastikan anda membengkokkan kedua lutut 
dan jangan bengkokkan badan. 
Jika perlu menyidai baju, letakkan bakul di
 atas kerusi supaya anda tidak perlu kerap membongkok untuk mengambil 
baju dalam bakul untuk disidai. 
sumber:  http://www.bharian.com.my/articles/Sakitbelakangketikahamil/Article
 
Sekiranya langkah-langkah di atas masih tidak dapat mengurangkan 
sakit belakang anda, berjumpalah doktor untuk nasihat dan pemeriksaan 
lanjut. Oppss, jangan lupa.. pengambilan vitamin kalsium Ostematrix juga boleh membantu anda! 
 Jom kita baca apa yang best Ostematrix ni..
Khasiat Ostematrix
 
- boleh melegakan sakit pinggang dan kejang kaki 
- bagus untuk pelawasan dan elakkan sembelit 
- melegakan migrain 
- mencegah osteoporosis 
- Tidur lebih lena dan senang bangun di awal pagi 
So, pesanan saya kepada ibu-ibu hamil, janganlah abaikan keperluan KALSIUM anda.. Vitamin kalsium OsteMatrix sangat membantu! Percayalah, saya dah merasai keberkesanannya..
 
0 comments:
Post a Comment