Showing posts with label GLA-Complex. Show all posts
Showing posts with label GLA-Complex. Show all posts

Monday, November 18, 2013

Merancang Untuk Hamil?


Merancang untuk hamil? 

Jika anda merancang untuk hamil, atau sudah mencuba tapi masih tidak berjaya, jangan berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan tubuh anda dalam keadaan tahap kesihatan yang optimum untuk mendapatkan bayi. Semoga kehadirannya akan lebih sempurna dirancang berbanding kehamilan yang tidak di rancang.

Beberapa tips untuk meningkatkan kesuburan:

1. Perhatikan berat badan anda. Berat badan berlebihan atau terlalu kurus boleh mengganggu keseimbangan hormon tubuh.

2. Pentingnya makan makanan yang sihat, organik jika boleh. Pastikan anda mendapatkan semua nutrisi penting. Anda boleh cuba dengan Set Kesuburan Shaklee untuk si isteri dan vitamin E-Complex dan Zinc untuk si suami.

3. Ambil asid folik. Wanita yang merancang untuk hamil sememangnya perlu mengambil asid folik. Ianya sangat penting untuk pembentukan sistem saraf pusat kanak-kanak, dan mengurangkan risiko bayi yang lahir dengan spina bifida atau bayi lahir dengan tidak cukup berat. Mulakannya tiga bulan sebelum anda mencuba untuk hamil. 
Nak tahu vitamin apa yang mengandungi asid folik?
Jawapannya ialah B-Complex dan Vita-Lea

4. Bersenam dua jam seminggu atau setengah jam setiap hari adalah baik. 

5. Ubah rutin kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, minuman keras dan melewatkan waktu makan. Ini tidak baik untuk kesihatan anda. Dan kurangkan pengambilan kopi. 

6. Kurangkan terdedah kepada bahan kimia, racun dan radiasi. Jumlah sperma lelaki telah berkurang sebanyak 50 peratus dalam masa 50 tahun kebelakangan ini kerana terdedah kepada bahan kimia dan racun. 

7. Stres - Cuba untuk atasi tekanan yang dialami dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan yang berfaedah, seperti memasak, mendengar muzik atau meluangkan masa dengan kawan-kawan rapat dan keluarga tersayang.

Semoga usaha yang dirancangkan dipermudahkan olehNya. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua sebaik-baik Perancang.

Selamat Mencuba!



Tuesday, October 29, 2013

Vitamin Menghilangkan Jerawat


Apa itu jerawat?

Jerawat di wajah adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda. Biasanya kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat, berkilat dan muda.


sebaceous gland 



Rembesan minyak berlebihan 
yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak 
menyebabkan kulit berjerawat.




Penyebab munculnya jerawat ~ Hormon DHT

Kehadiran hormon DHT (dihydro testosterone) menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan. Hasil akibat kenaikan hormon DHT menyebabkan rangsangan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak ini berkumpul dalam liang dan akhirnya liang itu tersumbat, menyebabkan anda berjerawat.




Jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. 


Punca-punca Lain Timbul Jerawat

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada pembentukan jerawat.


1) Hormon - Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen.


2) Bakteria - Bakteria yang bernama  Propionibacterium acnes adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. 

3) Pemakanan - Diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan manusia. Insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat.


4) Stress - Jika stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.


5) Alat Solek - Jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.



Makan vitamin boleh menghilangkan jerawat ke? 

Terdapat dua jenis vitamin yang boleh anda ambil untuk menghilangkan masalah jerawat, Vitamin E Complex dan GLA Complex.

1) Vitamin E-Complex 

Vitamin E adalah nutrien penting yang bertindak sebagai antioksidan, melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum waktu dan juga kanser. Selain itu, berita baik untuk gadis-gadis dan jejaka-jejaka di luar sana, ia juga boleh merawat jerawat sedia ada, mengurangkan kesan parut dan mencegah tumbuhnya jerawat baru.

Vitamin E boleh diguna secara luaran atau dimakan untuk memulihkan kesihatan dari dalam. Paling baik tentulah apabila dimakan. Ia merawat secara alami, perlahan namun teratur. Apabila nutrien Vitamin E ini mencukupi dalam badan, ia menghalang minyak terperangkap dalam pori-pori yang menyebabkan mudahnya bakteria membiak lantas menyuburkan jerawat.

Selain dimakan, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan minyak vitamin boleh disapu pada jerawat. Insyaallah ianya akan perlahan-lahan surut. Jika vitamin E terlalu pekat dan likat, boleh tambahkan beberapa titik minyak zaitun untuk mendapat tekstur lebih ringan :)



2) GLA Complex

GLA adalah komponen yang sangat penting untuk kulit sihat dan cantik. GLA membantu mengekalkan kestabilan dan bendalir semulajadi serta mencegah kehilangannya. GLA berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit. Oleh kerana ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, jadi ia mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan akne dan jerawat. Antara tanda hormon tak stabil ialah jerawat terutamanya semasa kedatangan haid.

Bagaimana hormon dalam tubuh dihasilkan?
Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.


Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon. Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.


Terlalu banyak lemak 'salah' boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan 'membengkakkan' jerawat kita. Lemak 'baik' pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat. Lemak 'baik' itu adalah GLA kerana GLA ini mempunyai sifat mengimbangi hormon yang sangat kuat. 

Tuesday, August 27, 2013

Kesihatan Wanita ~ GLA-Complex!

GLA Complex  


 Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid serta melegakan tanda-tanda putusnya haid. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.




Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu  menangani masalah kulit kepala berkerak dan bersisik.

Apa kelebihan dan khasiat lain bagi GLA Complex ni? 
  • Membantu meningkatkan kesuburan
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol Untuk fungsi saraf 


Untuk mendapatkan khasiat GLA yang optimum, pengambilan GLA-Complex Shaklee adalah pilihan yang terbaik! Jika anda berminat, hubungi saya..

 
SMS/WhatsApp: 019-216 5059 (Nita)
Email:  nira5850@yahoo.com






* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit