Apa itu jerawat?
Jerawat di wajah
adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi akibat gangguan pada
kelenjar-kelenjar sebaceous iaitu kelenjar yang terdapat di dalam kulit
dan mengeluarkan sebum atau minyak untuk meliputi permukaan kulit anda. Biasanya kelenjar ini akan menghasilkan jumlah minyak yang mencukupi untuk menjaga kulit anda supaya sihat, berkilat dan muda.
Rembesan minyak berlebihan
yang dikeluarkan oleh kelenjar minyak
menyebabkan kulit berjerawat.
Penyebab munculnya jerawat ~ Hormon DHT
Kehadiran hormon DHT (dihydro testosterone) menyebabkan kelenjar ini menghasilkan jumlah minyak yang berlebihan. Hasil akibat kenaikan hormon DHT menyebabkan
rangsangan berlebihan kepada kelenjar minyak dan minyak ini berkumpul
dalam liang dan akhirnya liang itu tersumbat, menyebabkan anda
berjerawat.
Jerawat terbentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam
liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan
digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang
roma tersebut.
Punca-punca Lain Timbul Jerawat
Terdapat beberapa faktor lain yang boleh menyumbang kepada pembentukan jerawat.
1) Hormon - Pada usia remaja, kelenjar sebaceous
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon
yang dikenali sebagai hormon androgen.
2) Bakteria - Bakteria yang bernama Â
Propionibacterium acnes adalah salah satu bakteria yang biasa
ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati
pada permukaan kulit.
3) Pemakanan - Diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap
insulin dalam badan manusia. Insulin adalah hormon
terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan
jerawat.
4) Stress - Jika stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam
badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya
pertumbuhan jerawat.
5) Alat Solek - Jika anda tidak membersihkan kulit
anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi
keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Makan vitamin boleh menghilangkan jerawat ke?
Terdapat dua jenis vitamin yang boleh anda ambil untuk menghilangkan masalah jerawat, Vitamin E Complex dan GLA Complex.
1) Vitamin E-Complex
Vitamin E adalah nutrien penting yang bertindak sebagai antioksidan,
melindungi tubuh dari radikal bebas yang menyebabkan penuaan sebelum
waktu dan juga kanser. Selain itu, berita baik untuk gadis-gadis dan
jejaka-jejaka di luar sana, ia juga boleh merawat jerawat sedia ada, mengurangkan kesan parut dan mencegah tumbuhnya jerawat baru.
Vitamin E boleh diguna secara luaran atau dimakan untuk memulihkan
kesihatan dari dalam. Paling baik tentulah apabila dimakan. Ia merawat
secara alami, perlahan namun teratur. Apabila nutrien Vitamin
E ini mencukupi dalam badan, ia menghalang minyak terperangkap dalam
pori-pori yang menyebabkan mudahnya bakteria membiak lantas menyuburkan
jerawat.
Selain dimakan, kapsul vitamin E boleh dipecahkan dan minyak vitamin boleh disapu pada jerawat.
Insyaallah ianya akan perlahan-lahan surut. Jika vitamin E terlalu
pekat dan likat, boleh tambahkan beberapa titik minyak zaitun untuk
mendapat tekstur lebih ringan :)
2) GLA Complex
GLA adalah komponen yang sangat penting untuk kulit sihat dan cantik.
GLA membantu mengekalkan kestabilan dan bendalir semulajadi serta
mencegah kehilangannya. GLA berperanan memastikan kulit sentiasa lembap
dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.
Oleh kerana ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon
tubuh, jadi ia mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan
akne dan jerawat.
Antara tanda hormon tak stabil ialah jerawat terutamanya semasa kedatangan haid.
Bagaimana hormon dalam tubuh dihasilkan?
Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.
Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon. Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.
Terlalu banyak lemak 'salah' boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan 'membengkakkan' jerawat kita. Lemak 'baik' pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat. Lemak 'baik' itu adalah GLA kerana GLA ini mempunyai sifat mengimbangi hormon yang sangat kuat.

0 comments:
Post a Comment