Merancang untuk hamil?
Jika anda merancang untuk hamil, atau sudah 
mencuba tapi masih tidak berjaya, jangan berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda 
lakukan untuk mendapatkan tubuh anda dalam keadaan tahap kesihatan yang optimum untuk 
mendapatkan bayi. Semoga kehadirannya akan lebih sempurna dirancang berbanding kehamilan yang tidak di rancang.
Beberapa tips untuk meningkatkan kesuburan:
1. Perhatikan berat badan anda. Berat badan berlebihan 
atau terlalu kurus boleh mengganggu keseimbangan hormon tubuh.
2. Pentingnya makan makanan yang
 sihat, organik jika boleh. Pastikan anda mendapatkan semua nutrisi 
penting. Anda boleh cuba dengan Set Kesuburan Shaklee untuk si isteri dan vitamin E-Complex dan Zinc untuk si suami.
3. Ambil asid folik. Wanita yang merancang untuk hamil 
sememangnya perlu mengambil asid folik. Ianya sangat penting untuk 
pembentukan sistem saraf pusat kanak-kanak, dan mengurangkan risiko bayi
 yang lahir dengan spina bifida atau bayi lahir dengan tidak cukup 
berat. Mulakannya tiga bulan sebelum anda mencuba untuk hamil. 
Nak tahu vitamin apa yang mengandungi asid folik?
4. 
Bersenam dua jam seminggu atau setengah jam setiap hari adalah baik. 
5. 
Ubah rutin kehidupan yang tidak sihat seperti merokok, minuman keras dan
 melewatkan waktu makan. Ini tidak baik untuk kesihatan anda. Dan kurangkan 
pengambilan kopi. 
6. Kurangkan terdedah kepada bahan kimia, racun dan 
radiasi. Jumlah sperma lelaki telah berkurang sebanyak 50 peratus dalam 
masa 50 tahun kebelakangan ini kerana terdedah kepada bahan kimia dan 
racun. 
7. Stres - Cuba untuk atasi tekanan yang dialami dengan melakukan aktiviti-aktiviti ringan yang berfaedah, seperti memasak, mendengar muzik atau meluangkan masa dengan kawan-kawan rapat dan keluarga tersayang.
Semoga usaha yang dirancangkan dipermudahkan olehNya. Manusia hanya mampu merancang, Allah jua sebaik-baik Perancang.
Selamat Mencuba!



0 comments:
Post a Comment