Anda tahu apa fungsi Asid Folik?
Vitamin B Complex – vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak
Asid Folik dianggap sebagai makanan otak,
      ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah
      merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang
      sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai 
      koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan
      penyalinan sel yang sihat. Asid Folik  terlibat dalam metabolisma protin,
      dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan asid  folik anemia.
      Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety".
Tahukah anda, pengambilan Asid Folik amat penting semasa anda mengandung?
Asid Folik  sangat penting
                  dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf 
                  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat
                  penting untuk tumbesaran yang normal.  
Asid  folik  sangat berkesan apabila digabungkan
dengan vitamin B12 dan vitamin C.
Apa kesannya jika kekurangan asid folik?
Ibu: kurang daya tumpuan, tekanan perasaan, mudah terasa hati dan gemuruh
Bayi : kecacatan tiub neural yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal, atau Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.
Apa kesannya jika kekurangan asid folik?
Ibu: kurang daya tumpuan, tekanan perasaan, mudah terasa hati dan gemuruh
Bayi : kecacatan tiub neural yang boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal, atau Anencephaly iaitu otak dan tempurung tidak terbentuk sempurna.
Ibu yang tidak mengambil asid folik adalah BERISIKO 5 KALI GANDA untuk melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural!
Takut kan? Amat menyedihkan jika perkara yang boleh dicegah tapi kebanyakan ibu-ibu mengabaikan pengambilan asid folik ini. Mangsanya adalah BAYI YANG DIKANDUNG!
Sebagai ibu yang bijaksana dan prihatin, anda PERLU mengambil langkah-langkah pencegahan berlakunya kecacatan kelahiran ini. Cegahlah sebelum terlambat!
Ambillah
 multivitamin setiap hari dengan asid folik (400mg) supaya bayi yang 
bakal dilahirkan  cukup sifat dan sihat, InsyaAllah..






0 comments:
Post a Comment