Salam.. 
Sedar
 tak sedar, bulan Syawal dah nak melabuh tirainya. Hasil
 pemeriksaan berkala di klinik minggu lepas menunjukkan kandungan saya dah 
masuk minggu ke22, dah masuk ke trimester kedua rupanya. Boleh dikatakan sudah melepasi separuh perjalanan 
kehamilan. Erm, cepat betul masa berlalu sekarang ini kan?
Berikut adalah antara tips kehamilan trimester kedua yang boleh dipraktikkan:
Alhamdulillah.. seperti kehamilan saya yang sebelum-sebelum ini, saya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang lepas dengan jayanya. Masuk saja bulan Ramadhan, jadual harian saya menjadi semakin padat. Selepas balik dari tempat kerja dan mengambil anak-anak, boleh dikatakan setiap hari saya akan memasak juadah berbuka puasa di rumah. Walaupun menu yang simple, tapi ianya boleh dikatergorikan sebagai 'menyelerakan dan mengenyangkan' perut saya, encik suami dan anak3, alhamdulillah!.. Selepas menghabiskan cuti raya selama 2 minggu di kampung, kami balik semula ke Melaka. Saya terus melakukan puasa sunat 6 hari di bulan Syawal pula. Syukur, Allah permudahkan urusan puasa sunat saya kali ini..
Minggu ke-23: Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna. 
Minggu ke-24: Kulit bayi mulai menebal. 
Minggu ke-25: Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi semakin 
kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis 
disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah 
semakin membaik. Indra bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu 
ini bahagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. 
Minggu ke-26: Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina 
matanya telah mulai terbentuk. Aktiviti otaknya yang berkaitan dengan 
pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi. Ibu dan ayah dah 
boleh memperdengarkan lagu yang ringan dan mencuba untuk memberi cahaya 
lebih disekitar perut, mungkin ibu akan merasakan anggukan kepala si 
kecil. 
Minggu ke-27: Indra rasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai 
mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. 
Minggu ke-28: Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi 
sudah mulai terbatas kerana beratnya yang semakin bertambah, namun 
matanya sudah mulai boleh berkedip bila melihat cahaya melalui dinding 
perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum 
sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan
 besar telah dapat bertahan hidup. 
Minggu ke-29: Sensitiviti dari bayi semakin jelas, bayi sudah boleh 
mengidentifikasi perubahan suara, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak 
bayi sudah bisa mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. 
Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia. 
Minggu ke-30: Mata indah bayi sudah mulai bergerak dari satu sisi ke 
sisi yang lain dan dia sudah mulai belajar untuk membuka dan menutup 
matanya. Kini si kecil pun sudah mulai menghasilkan air mata. 
Sambil menaip entri ini, baby dalam perut asyik menendang-nendang. Sayang dah bangun ya? ehehe.. Fikiran saya plak terbayang-bayang 
kecomelan anak yang berada di dalam perut sendiri. Ohh, sungguh indah 
perasaan seorang ibu yang sedang hamil!
Ok, sambung cerita semula.. Untuk kehamilan yang ke4 ini, saya mengambil set kehamilan Shaklee yang mengandungi ESP, Omega Guard dan Vita-C.
 Alhamdulillah.. hasilnya, saya tetap bertenaga untuk melakukan tugasan 
harian sebagai isteri, ibu kepada 3 orang anak-anak yang 'aktif' dan 
pekerja swasta walaupun sambil mengusung perut yang semakin membesar 
ini. Thank you Allah!
Setiap ibu pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya. Saban hari saya berdoa supaya dipermudahkan proses kehamilan dan kelahiran anak yang ke4 ini. Semoga dianugerahkan dengan zuriat yang cukup sifat, sihat & comel, amin..
Setiap ibu pasti mengharapkan yang terbaik untuk anak2nya. Saban hari saya berdoa supaya dipermudahkan proses kehamilan dan kelahiran anak yang ke4 ini. Semoga dianugerahkan dengan zuriat yang cukup sifat, sihat & comel, amin..
Oklah,
 jam dah menunjukkan ke pukul 4.17 petang. Bersiap-siap untuk solat Asar
 dan thumb-out pada pukul 5 petang nanti. Moga jumpa di entri yang akan 
datang.
Jika ada sebarang pertanyaan atau pesanan, jangan malu segan untuk menghubungi 019-216 5059 (Nita) atau emel nira5850@yahoo.com.
Akhir kata, "Jom sihat bersama Shaklee!" 




0 comments:
Post a Comment