Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mammari ibu yang terletak di payudara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi. 
Dibawah penghasilan hormon prolaktin dan oksitoksin yang dikeluarkan oleh kelenjar mammari, wanita yang mengandung dapat menghasilkan susu
 untuk menjadi makanan utama bagi bayinya apabila dilahirkan nanti. Susu
 ibu yang dihasilkan pada 7 minggu pertama sewaktu bayi masih dalam 
kandungan dapat menghasilkan kolostrum, dimana ia tinggi akan kandungan immunoglobulin IgA, dimana dapat memelihara sistem gastrointestinal
 bayi dengan baik. Kolostrum juga bertindak menjaga dan melindungi 
sistem imun semulajadi bayi sehinggalah ia dapat bekerja dengan baik 
seperti manusia normal biasa. 
Bagaimana Payudara Berfungsi ?
Payudara
 akan mempunyai alveoli, iaitu kelenjar penghasilan susu ketika 
mengandung. Alveoli kelihatan seperti dedaun pada pokok, tumbuh pada 
struktur seakan-akan dahan pokok. Susu yang dihasilkan dalam alveoli 
pula akan melalui saluran-saluran susu yang ada dan sampai ke kawasan di
 belakang puting. Apabila bayi memberi tekanan pada earola, terdapat 
pengeluaran susu, saraf menghantar mesej kepada otak untuk mengeluarkan 
dua hormon, oxytocin, yang menyebabkan susu dikeluarkan (refleks, 
pancutan atau milk-ejection reflex) dan prolaktin, yang menstimulasikan 
payudara agar menghasilkan lebih banyak susu.
Amat
 jarang bagi ibu untuk tidak dapat menyusukan anak. Malahan
 ada ibu yang telah menjalani pembedahan pada payudara masih mampu 
menyusukan anak dengan sempurna. Puting yang leper atau tenggelam tidak 
seharusnya menjadi suatu kebimbangan sekiranya bantuan diperolehi dari 
peringkat awal lagi.
Terdapat banyak sebab mengapa ibu tidak dapat menghasilkan susu dengan 
cukup. Mungkin akibat lekapan yang yang kurang betul, bayi tidak 
menghisap puting payu dara ibu dengan efisyen atau mungkin juga posisi 
hisapan dan penyusuan tidak betul, penjagaan yang tidak baik atau 
pengepaman payudara bagi pengeluaran susu tidak cukup bagi penghasilan 
susu yang seimbang dan pengambilan ubat-ubatan yang boleh mempengaruhi penghasilan prolaktin; sindrom ini mungkin memerlukan rawatan seperti penggantian hormon.
Jumlah susu yang dihasilkan bergantung pada kekerapan penjagaan payudara oleh ibu atau pengepaman payudara;
 semakin kerap ibu menjaga bayinya dengan baik atau semakin tinggi kadar
 pengepaman payudara, maka makin tinggi susu ibu yang akan dihasilkan. Ibu boleh menggunakan 
pam sama ada manual ataupun elektronik kerana ia dapat merangsang pengeluaran 
susu dengan baik dan mencukupi. 
Bagaimana sumber protein boleh membantu dalam penghasilan susu?
Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah 
makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel 
hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein 
berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Ia juga 
merangsang fungsi psikologi. Maka setiap organ kita memerlukan protein bagi mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan, pembinaan hormon, enzim
 dan antibodi. Selain itu, protein dikatakan membantu 
mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber 
tenaga.
Protein sangat sensitif di mana ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah 
terhapus pada suhu yang tinggi. So, apabila kita memasak sumber protein 
seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein 
yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. 
 Oleh itu, untuk mendapatkan manfaat protein dengan lebih berkesan, ESP Shaklee merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Semakin hari semakin ramai yang telah mencuba ESP dan berpuas hati dengan hasilnya. Ramai yang mengakui, kesannya susu badan semakin cepat terhasil, lebih pekat berkrim dan mengenyangkan si kecil!..
Saya juga telah merasai hasilnya.. Anda, bagaimana?






0 comments:
Post a Comment