Thursday, October 9, 2014

Adakah Makanan Tambahan Memberi Manfaat Kepada Tubuh Anda??

Assalamualaikum semua!

Hari ini saya akan mengupas isu berkenaan 'Adakah makanan tambahan memberi manfaat kepada tubuh badan kita?' 'Betul ke vitamin boleh membantu memperkuatkan sistem imun badan?' Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.. Jom kita kupas isu ini!

Kalau kita ke farmasi atau kedai-kedai ubat, kita akan lihat banyak pilihan vitamin atau makanan tambahan yang dipamerkan, kan? Namun, maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di belakang kotak/botol produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Persoalannya, benarkan vitamin atau mineral yang tercatat dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun badan manusia. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan pelbagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, jawapan kepada persoalan di atas adalah BENAR, Pengambilan makanan tambahan memberi manfaat kepada badan kita!. Tapi, janganlah pula anda tidak menjaga cara pemakanan harian anda dan mengharapkan vitamin/makanan tambahan melakukan keajaiban pula!

Makanan tambahan dapat membantu dalam mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk anda tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi manfaat adalah vitamin/makanan tambahan dapat membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia meningkan, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu penyerapan nutrien dari makanan. Ini bermakna, sebanyak 30-40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuatkan tubuh kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga akan menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat seiring dengan peningkatan umur. Justeru, kita PERLU mengambil vitamin/mineral tertentu untuk memperolehi kesihatan yang optimum.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda dalam pengambilan vitamin/makanan tambahan:

* Pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Ini disebabkan terdapat beberapa vitamin yang tidak sesuai diambil untuk masa-masa tertentu atau diambil bersama ubat-ubatan tertentu.

* Elakkan multi-vitamin dengan formula 'time-release'. Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

* Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembap

* Diambil dengan meminum air masak sebanyak yang mungkin, sekurang-kurangnya 2 Liter sehari

Sejak tahun 2012 lagi saya sudah jatuh cinta dengan vitamin Shaklee. Alhamdulillah, produk Shaklee serasi dengan saya. Saya tidak perlu ragu-ragu sebab ianya produk yang dijamin SELAMAT, SEMULAJADI dan SUCI masuk dalam tubuh badan!







0 comments: