Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Kita Perlu Minum Air Masak Banyak?

Ada yang panggil air masak.. ada yang panggil air kosong.. ada juga yang panggil air putih. Walaupun gelarannya 'air kosong' tapi ianya penuh dengan pelbagai khasiat!

Semua orang tahu keburukan jika badan kurang minum air masak. Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari, tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut. 

Namun, sikap pandang remeh menyebabkan sesetengah orang beralasan untuk minum air masak yang mencukupi. Alasan yang biasa kita dengar, 'banyak keje tak sempat nak minum air' atau 'minum air  banyak nanti asyik nak ke toilet je'.. Ermm, padahal ke toilet adalah penting untuk untuk menyahtoksin badan. Takkan kita nak simpan toksin dari badan, kan?

Pentingnya Air..

  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Manusia memerlukan paling kurang dua atau tiga liter air setiap hari.
  5. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  6. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  7. Air masak amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori, gula,atau lemak.
  8. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.
 
[ Antara manfaat minum air masak di pagi hari ]
==================================
 * Tampil Awet Muda.
* Memperbaharui Organ Otot Dan Sel-Sel Darah Anda.
* Mengawal Berat Badan Tubuh.
* Miliki Usus Besar Yang Sihat.
* Organ Ginjal Yang Lebih Sihat.
* Melancarkan Sistem Pencernaan.
* Menyihatkan Jantung.
* Meningkatkan Kesuburan.
=================================


Jangan hanya minum kerana dahaga, amalkan meminum air masak selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga, bahkan kesihatan anda juga terjamin.



Kesimpulannya, minumlah 2-3 liter air masak sehari untuk kesihatan yang berpanjangan, insyaAllah!


0 comments: