Wednesday, October 8, 2014

Hipertensi Semasa Mengandung?


 
Apakah Faktor-Faktor Hipertensi Terjadi?  

Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik. Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung. Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?
Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:
1) Faktor-Faktor Am:
  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia. BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.
2) Faktor Genetik:
  • Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.
3) Faktor-Faktor Obstetrik
  • Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  • Kandungan kembar
  • Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  • Tempoh antara kandungan yang lama
  • Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  • Kandungan molar
4) Faktor-Faktor Perubatan
  • Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  • Penyakit buah pinggang
  • Diabetes
  • Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  • Penyakit Connective tissue
  • Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)
 Sumber: Portal MyHEALTH 

Sebab SEBENAR Mengapa Ibu Mengandung Sering Mengalami Hipertensi?

Rupa-rupanya kalsium mempunyai kaitan dengan tekanan darah tinggi. Malah ia ada kaitan dengan sakit ketika bersalin normal, perubahan tulang pinggul dan gigi mudah patah. Ketika kandungan masuk 3 bulan, badan si ibu memindahkan sejumlah besar kalsium dari tubuhnya kepada pembentukan janin. Ketika di trimester ketiga, perkembangan tulang dan pembesaran bayi yang pesat memerlukan lebih banyak sumber kalsium. Proses peredaran darah ini meningkatkan risiko kehilangan kalsium dari tubuh si ibu. Oleh kerana jumlah kalsium dalam darah si ibu berkurangan, terjadilah gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi. Badan mengambil kalsium dari tulang bagi menjalankan fungsi degupan jantung dan sistem saraf, namun kalsium dari tulang tidak menjalankan fungsi kalsium darah, sebaliknya mengikat lebih banyak lemak di jaringan pembuluh darah lalu menyukarkan proses peredaran darah ke seluruh badan. Kesannya adalah tekanan darah tinggi. Kekurangan kalsium dalam darah juga menyebabkan ibu-ibu mengandung sering mengalami kekejangan di hujung kehamilan. Ada juga yang mengalami tekanan darah tinggi tetapi hanya dalam tempoh mengandung.
 
Oleh itu, ibu-ibu mengandung PERLU mengambil makanan tambahan iaitu vitamin yang lengkap bernutrisi bukan sahaja untuk ibu mengandung malahan untuk tumbesaran yang sihat anak dalam kandungan.

Apa Vitamin Yang Ibu-Ibu Mengandung PERLUKAN??
 
 

Ostematrix (Calcium-Magnesium) - 4 biji sehari

Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

B-Complex - 1 biji sehari
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung.



ESP (Energizing Soy Protein) - minum 2 kali sehari
ESP memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.

Omega Guard - 1 biji sehari
Omega Guard sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan

Vitamin C - 1 biji sehari
Vitamin C diperlukan bagi melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

Vita-Lea - 1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

Nutrisi lengkap dan seimbang amat penting bagi ibu-ibu mengandung bukan sahaja untuk mendapatkan badan yang sentiasa cergas dan sihat semasa sepanjang tempoh kehamilan dan berpantang, juga untuk melahirkan bayi yang sihat dan bagi menghasilkan susu yang banyak.

Pilihan di tangan anda.

Anda berhak memilih yang TERBAIK!





0 comments: