Monday, January 20, 2014

Kepentingan nutrisi dalam badan

Tup.. tup.. dah masuk tahun 2014 dah.. Moga azam 2014 yang diimpikan akan terlaksana. Insya Allah!

Alhamdulillah.. Sekarang ni dah ramai antara kita yang menyedari kepentingan kesihatan badan dengan mengambil makanan tambahan / vitamin dalam diet harian mereka. Dengan kata lain, kita-kita ni sekarang dah CELIK VITAMIN!

Ok.. entri kali ni saya nak bercerita pasal apa itu nutrisi & apa kepentingan nutrisi dalam badan manusia..


Apa itu nutrisi?

Nutrisi  bukan sekadar vitamin walaupun ramai dari kita yang menganggap keduanya adalah benda yang sama. Karbohidrat, protein (terbina dari rantaian amino asid), lemak, mineral, vitamin dan air kesemuanya adalah NUTRISI – dalam bentuk makanan yang boleh diserap oleh tubuh dan penting untuk kesihatan tubuh kita. Antara fungsinya adalah untuk membekal tenaga, fungsi organ yang sempurna, perkembangan sel dan macam-macam lagi.


Makro-Nutrisi dengan Mikro-Nutrisi?
 
Apa perbezaan kedua-duanya? Jom kita tengok!
  • Mikro-NUTRISI adalah seperti vitamin dan mineral yang tidak boleh secara sendiri membekalkan tenaga kepada tubuh kita.


  • Makro-NUTRISI pula adalah seperti karbohidrat, lemak dan protein yang memberikan kita tenaga TETAPI pelepasan tenaga hanya berlaku dimana keberadaan MIKRO-NUTRISI yang mencukupi.

Jumlah yang kedua-duanya diperlukan adalah pelbagai mengikut keperluan individu namun kedua-keduanya memainkan peranan yang sama penting!



Apa kepentingan nutrisi?
 

Sel adalah bahagian terkecil dari tubuh kita. Setiap hari ada sel yg rosak dan harus diganti. Sel yang rosak dan tidak diganti akan menjadi sel yg tidak baik/ sakit. NUTRISI berguna untuk REGENERASI SEL, iaitu untuk mengganti sel yg rosak/sakit menjadi sel yang baru dan sel yang sihat. Nutrisi bukannya ubat, tetapi ia adalah makanan untuk SEL yang kita perlukan seumur hidup. Jika sel kita mendapatkan nutrisi yang cukup setiap hari, maka sel kita akan sihat dan sekaligus kesihatan kita akan bertambah baik sepanjang hayat.


Bagaimana nak tahu badan mendapatkan nutrisi yang betul?
 
Berfungsi dengan baik, badan kita perlu mengambil dalam jumlah yang mencukupi beberapa vitamin dan mineral, serta protein, lemak, dan karbohidrat. Jika badan kita tidak mendapat secukupnya nutrien sesetengah diperlukan, badan akan mengalami gejala kekurangan. 

Sebagai contoh, kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan pelembutan tulang, kekurangan potassium boleh  menyebabkan kekejangan otot. Dan boleh menjadi serius jika kekurangan protein boleh menyebabkan lemak berlebihan dan boleh menyebabkan perut  buncit.

 
Kesimpulannya, keperluan nutrisi/diet seseorang individu adalah berbeza bergantung kepada jantina, umur, dan tahap aktiviti.



 Secara logiknya, jika kita makan makanan yang sihat, maka kesihatan diri juga dapat dipertingkatkan. Dengan izin Allah, penyakit-penyakit yang kebanyakkannya berpunca daripada corak pemakanan harian kita akan berjaya dikurangkan dan diatasi dengan penambahan vitamin SHAKLEE yang berunsurkan bahan-bahan semulajadi. Gabungan ramuannya yang berkualiti tinggi dan kaedah yang menggunakan formula saintifik unik akan dapat mengekalkan khasiat nutriennya!

#Jom sihat dengan SHAKLEE!

 

0 comments: