Monday, September 9, 2013

Tips perbanyakkan susu ~ Konsep Supply On Demand


Susu ibu adalah yang terbaik!
 
"Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan mendapat pahala bagi setiap titis susu yang diberikannya"
Betapa beruntungnya menjadi seorang ibu yang mampu untuk menyusukan anaknya. Bayangkan begitu banyak ganjaran pahala yang si ibu akan perolehi sekiranya si ibu mampu untuk menyusukan anak sehingga anaknya berumur 2 tahun. Subhanallah!..

Apa konsep 'Supply On Demand'?
Konsep 'Supply On Demand' bermaksud membekalkan mengikut permintaan. Semakin kerap kita menyusukan bayi, payudara akan menjadi kosong, maka lebih banyak susu yang akan dihasilkan.

Di sini, ingin saya kongsikan beberapa cara yang boleh diamalkan untuk memperbanyakkan susu ibu:
1) Menyusu atau mengepam susu dengan sekerap yang boleh, setiap 2jam sekali.
2) Susuilah bayi anda dengan susu dari kedua-dua belah payudara.
3) Untuk ibu yang bekerja, pilihlah pam yang sesuai dan berbaloi walaupun agak mahal.
4) Pastikan bayi  menghisap pada payudara dengan cara yang betul. 




5) Tidak memberi makanan tambahan atau air masak kepada bayi berumur kurang 6 bulan.
6) Si ibu perlu mendapat rehat yang secukupnya. Jauhi stress kerana stress akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, maka akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu.
7) Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa (skin to skin contact) untuk merangsang bayi anda menyusu sekerap yang mungkin.
8) Si ibu perlu minum air masak secukupnya, 2-3L sehari. 
9) Amalkan doa dan surah untuk memperbanyakkan susu. 


Surah yang boleh ibu-ibu amalkan adalah Surah Al-Baqarah (Ayat 60), surah Al-Hujurat atau surah Al-Kauthar. 



 Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu". Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air. Sungguh tiap-tiap suku telah mengetahui tempat minumnya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan) Allah, dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan berbuat kerosakan [Al-Baqarah, 60]

Sambil menyusukan anak anda, niatkan dalam hati semoga Allah sentiasa perbanyakkan rezeki susu untuk anak, sentiasalah usap rambut bayi dan cium bayi. Jika mengepam, si ibu boleh sambil melihat gambar anak di handphone atau bayangkan wajah comel anak anda.


10) Mengambil vitamin atau supplement untuk menambah khasiat susu ibu.

Antara supplement yang terbaik dalam penyusuan adalah Set Penyusuan Shaklee. Set ini mengandungi nutrien dan zat yang lengkap untuk keperluan tubuh ibu dan juga bayi yang disusui. Apabila tubuh menerima zat dan nutrien yang mencukupi, penyusuan akan lebih lancar. Set Penyusuan Shaklee juga mengandungi Milk Booster terbaik yang membantu menghasilkan susu ibu dengan cepat. 

 
Ingat ye ibu-ibu, susu tidak akan memancut-mancut keluar jika si ibu tidak mengamalkan disiplin menyusu yang betul! Semoga usaha murni ibu-ibu semua dipermudahkan. Selamat menempuh apa jua rintangan yang mendatang dalam usaha penyusuan anda kali ini. 
"Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang bersabar" 



All the best ye ibu-ibu semua!!




 

0 comments: