Thursday, August 29, 2013

Panduan ~ Bilakah Waktu Pengambilan Vitamin Yang Sesuai?

Panduan Umum Pemakanan Vitamin:

Post kali ini khas untuk pengguna yang baru berjinak-jinak dengan pengambilan vitamin SHAKLEE. Diharap ianya dapat membantu anda dalam menjalani kehidupan seharian dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat!
Ok, kita flashback semula ilmu sains yang kita pernah pelajari semasa di alam persekolahan dahulu..


Vitamin Larut Air (B dan C) : Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) : Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 

Ostematrix (Kalsium) : Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin : Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.
 

Opss, ada beberapa vitamin yang tidak boleh diambil secara serentak.. Apa yang tidak digalakkan?

Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa. 

Mengambil supplement zat besi (Iron) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Walau bagaimanapun kini zat besi sudah dilengkapi bersama2 VitaLea. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. 

Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksik.

Elakkan pengambilan multivitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan kecekapan  penyerapan zat besi oleh tubuh kita. Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.
 
Bagi kemudahan panduan terutama yang baru mendapatkan vitamin SHAKLEE anda, bolehlah mencuba saranan ini :


Bagi yang mengambil lecitihin dan alfalfa pakej penuh :
Lecithin dan Alfalfa boleh diambil 2 biji sebelum (bagi Lecithin dan mereka yang berdiet) ataupun selepas makan untuk setiap meal utama iaitu selepas makan pagi, tengahari dan makan malam.


Dan, jangan lupa untuk minum air masak sebanyak 3.0 Liter sehari ye!

Sebarang pertanyaan, kemusykilan ataupun pesanan berkenaan produk SHAKLEE, boleh la terus menghubungi..


SMS/Whatsapp: 019-216 5059 
  Email: nira5850@yahoo.com
 

0 comments: